Popular @Pilihan Raya Sarawak

Monday, March 21, 2011

Hampir sejuta rakyat Sarawak terlibat Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan senarai pemilih yang didaftarkan sehingga 31 Dis 2010 untuk pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah ketika dihubungi Bernama di sini hari ini berkata berdasarkan senarai pemilih itu, seramai 979,796 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri ke-10 itu.

“Dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini maka hanya pemilih yang mendaftar setakat 31 Dis 2010 sahaja yang layak untuk mengundi,” katanya.

Pagi ini Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof esok.

Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 21,000 petugas SPR akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya membabitkan 1,740 pusat pengundian dan 2,561 saluran pengundian manakala daripada segi bajet, RM45 juta dipohon oleh SPR untuk menampung kos logistik termasuk penggunaan helikopter, bot laju, perahu panjang selain kenderaan pacuan empat roda.

Pilihan raya negeri sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

No comments:

Post a Comment

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...