Popular @Pilihan Raya Sarawak

Monday, March 21, 2011

Hampir sejuta rakyat Sarawak terlibat Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan senarai pemilih yang didaftarkan sehingga 31 Dis 2010 untuk pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah ketika dihubungi Bernama di sini hari ini berkata berdasarkan senarai pemilih itu, seramai 979,796 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya negeri ke-10 itu.

“Dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini maka hanya pemilih yang mendaftar setakat 31 Dis 2010 sahaja yang layak untuk mengundi,” katanya.

Pagi ini Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar berkata pengisytiharan pembubaran DUN Sarawak yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng akan diserahkan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof esok.

Untuk pilihan raya Sarawak kali ini seramai 21,000 petugas SPR akan ditugaskan di setiap kawasan pilihan raya membabitkan 1,740 pusat pengundian dan 2,561 saluran pengundian manakala daripada segi bajet, RM45 juta dipohon oleh SPR untuk menampung kos logistik termasuk penggunaan helikopter, bot laju, perahu panjang selain kenderaan pacuan empat roda.

Pilihan raya negeri sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

Sunday, March 20, 2011

Rakyat Sarawak masih ingat penghinaan Haji Hadi


Ketika temuramah dengan wartawan sewaktu berkempen di DUN Manek Urai kemungkinan diantara 10-11 Julai 2009 sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Malaysiakini, Haji Hadi telah membuat kenyataan "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS," katanya.

Kali ini Pakatan Haram (DAPPKRPAS)yang diketuai DAP sekali lagi akan berdepan dengan rakyat Sarawak.... rakyat sarawak amat rasa terhina dan sudah nampak-nampak tanda bahawa Pakatan Haram yang diketuai DAP akan ditolak bulat2 di Sarawak....


Saturday, March 19, 2011

Terkini: Senarai ADUN di 71 DUN Sarawak !!


SENARAI NAMA BERPANDUKAN KEPADA PENGGAL YANG KE-9 : 2006 - 2011

N. 01 Opar YB Ranum Mina (SUPP/BN)


N. 02 Tasek Biru YB Peter Nansian (SPDP/BN)


N. 03 Tanjung Datu YB Tan Sri Adenan Satem (PBB/BN)


N. 04 Pantai Damai YB Dr Abdul Rahman Junaidi (PBB/BN)


N. 05 Demak Laut YB Datuk Dr Abang Hj Abdul Rauf Abang Hj Zen (PBB/BN)


N. 06 Tupong YB Datuk Ir. Hj Daud Abdul Rahman (PBB/BN)


N.07 Semariang YB Puan Syarifah Hasidah Sayed Aman Ghazali (PBB/BN)


N. 08 Satok YB Datuk Sri Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg (PBB/BN)


N. 09 Padungan YB Dominique Ng (PKR/Pakatan Haram)


N. 10 Pending YB Violet Yong (DAP/Pakatan Haram)


N. 11 Batu Lintang YB Voon Lee Shan (DAP/Pakatan Haram)


N. 12 Kota Sentosa YB Chong Chieng Jen (DAP/Pakatan Haram)


N. 13 Batu Kawa YB Tan Joo Phui (SUPP/BN)


N. 14 Asajaya YB Tuan Hj Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB/BN)


N. 15 Muara Tuang YB Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB/BN)


N. 16 Bengoh YB Jerip Susil (SUPP/BN)


N. 17 Tarat YB Richard Sagah (PBB/BN)


N. 18 Tebedu YB Datuk Sri Micheal Manyin (PBB/BN)


N. 19 Kedup YB Fedrick Bayoi (PBB/BN)


N. 20 Sadong Jaya YB Datuk Wan Wahab Wan Sanusi (PBB/BN)


N. 21 Simunjan YB Tuan Hj Mohd Naroden Mejais (PBB/BN)


N. 22 Sebuyau YB Tuan Hj Julaihi Narawi (PBB/BN)


N. 23 Lingga YB Puan Hajjah Simoi Peri (PBB/BN)


N. 24 Beting Maro YB Datuk Hj Bolhassan Di (PBB/BN)


N. 25 Balai Ringin YB Snowdan Lawan (PRS/BN)


N. 26 Bukit Begunan YB Mong Dagang (PRS/BN)


N. 27 Simanggang YB Datuk Francis Harden Hollis (SUPP/BN)


N. 28 Engkelili YB Dr. Johnical Rayong (Bebas>SUPP/BN)


N. 29 Batang Ai YB Malcom Mossen Lamoh (PRS/BN)


N. 30 Saribas YB Dr Wahbi Hj Junaidi (PBB/BN)


N. 31 Layar YAB Datuk Patinggi Tan Sri Amar Alfred Jabu (PBB/BN)


N. 32 Bukit Saban YB Robert Lawson (PBB/BN)


N. 33 Kalaka YB Tuan Hj Abdul Wahab Abdul Aziz (PBB/BN)


N. 34 Krian YB Datuk Peter Nyarok (SPDP/BN)


N. 35 Belawai YB Datuk Hj Hamden Hj Ahmad (PBB/BN)


N. 36 Semop YB Datuk Sri Hj Awang Mohd Asfia Awang Nassar (PBB/BN)


N. 37 Daro YB Murni Hj Suhaili (PBB/BN)


N. 38 Jemoreng YB Abu Seman Jahwie (PBB/BN)


N. 39 Repok YB David Teng (SUPP/BN)


N. 40 Meradong YB Ting Tze Fui (DAP/Pakatan Haram)


N. 41 Pakan YB Datuk Sri William Mawan Ikom (SPDP/BN)


N. 42 Meluan YB Wong anak Judat (SPDP/BN)


N. 43 Ngemah YB Gabriel Adit anak Demong (Bebas>PCM)


N. 44 Machan YB Datuk Gramong Juna (PBB/BN)


N. 45 Bukit Assek YB Wong Ho Leng (DAP/Pakatan Haram)


N. 46 Dudong YB Datuk Dr. Soon Choo Teck (SUPP/BN)


N. 47 Bawang Assan YB Datuk Sri Wong Soon Koh (SUPP/BN)


N. 48 Palawan YB Vincent Goh (SUPP/BN)


N. 49 Nangka YB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah (PBB/BN)


N. 50 Dalat YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah (PBB/BN)


N. 51 Balingian YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (PBB/BN)


N. 52 Tamin YB Joseph Mauh Ikeh (PRS/BN)


N. 53 Kakus YB John Sikie Tayai (PRS/BN)


N. 54 Pelagus YB Larry S'ng Wei Shen (Barisan Nasional)


N. 55 Katibas YB Ambrose Blikau (PBB/BN)


N. 56 Baleh YB Datuk Sri James Jemut Masing (PRS/BN)


N. 57 Belaga YB Liwan Lagang (PRS/BN)


N. 58 Jepak YB Datuk Talib Zulpilip (PBB/BN)


N. 59 Kidurong YB Chiew Chin Sing (DAP/Pakatan Haram)


N. 60 Kemena YB Dr. Stephen Rundie (PBB/BN)


N. 61 Bekenu YB Puan Rosey Yunus (SPDP/BN)


N. 62 Lambir YB Datuk Aidan Wing (PBB/BN)


N. 63 Piasau YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan (SUPP/BN)


N. 64 Pujut YB Andy Chia (SUPP/BN)


N. 65 Senadin YB Datuk Lee Kim Shin (SUPP/BN)


N. 66 Marudi YB Muhammad Silvester Entry Muran (SPDP/BN)


N. 67 Telang Usan YB Lihan Jok (PBB/BN)


N. 68 Bukit Kota YB Dr. Abdul Rahman Ismail (PBB/BN)


N. 69 Batu Danau YB Paulus Gumbang (SPDP/BN)


N.70 Ba' Kelalan YB Nelson Balan Rining (SPDP)


N. 71 Bukit Sari YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Awang Ali Hassan (PBB/BN) 

- Anak Merdeka

Dewan Undangan Negeri Sarawak sah bubar !!!

Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud mengesahkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Taib berkata notis mengenainya telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian, katanya.

Pengumuman Taib (gambar) itu menamatkan teka teki mengenai tarikh pilihan raya negeri. Dewan Undangan Negeri Sarawak sedia ada akan tamat pada 23 Julai ini.

Najib dan Muhyiddin yang tiba di sini semalam di bawah program turun padang pemimpin yang bermula hari ini sehingga September depan, telah menghadiri pelbagai program bersama rakyat di negeri ini sepanjang hari ini.

- TMI

Friday, March 18, 2011

Pengunduran KM Sarawak: Jangan desak bukan-bukan !!!


Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat desakan yang bukan-bukan berikutan hasrat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk berundur.

Perdana Menteri berkata, beliau akan membincangkan perkara itu bersama Abdul Taib dan apa yang lebih penting ialah ia berlaku secara tersusun bagi meneruskan kesinambungan pembangunan Sarawak.

"Serahlah kepada saya dan Pehin Seri (Abdul Taib), kita tahu bila nak buat (perubahan kepimpinan)," katanya yang berucap merasmikan program Sejiwa Senada, di sini hari ini. - Utusan.

Taib bakal undur sebagai Ketua Menteri Sarawak ?

Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman penting, yang bakal mengejutkan banyak pihak, hujung minggu ini — tidak akan kekal sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas pilihan raya negeri.

Keputusan itu dilihat sebagai sebahagian usaha Barisan Nasional (BN) bagi mengurangkan kemarahan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin veteran itu selain mahu menggunakannya sebagai peluang memperoleh kemenangan mudah kali ini.

The Malaysian Insider difahamkan pegawai-pegawai dalam kerajaan dan pentadbiran Najib percaya tindakan Taib, Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat, akan menggugat momentum pembangkang di negeri Malaysia Timur itu, yang hampir sama besar dengan Semenanjung.

Taib belum membayangkan tarikh pilihan raya negeri tetapi hari ini memberitahu pemberita di Kuching bahawa “tunggu hingga esok.”

Taib akan menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan berada di Sarawak — di mana beliau dijangka mengumumkan bahawa akan melepaskan jawatan ketua menteri dan juga keputusan mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri, yang bakal membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

The Malaysian Insider juga difahamkan Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi akan dibubarkan seawal Isnin ini dengan penamaan calon dan pengundian dijangka bulan depan, tiga bulan sebelum mandat semasa berakhir pada 23 Julai.

Kepimpinan Taib sejak kebelakangan ini telah mengundang banyak kritikan ekoran keengganannya untuk meletakkan jawatan atau melahirkan pengganti beliau.

Selain itu beliau juga berhadapan dengan gelombang dakwaan rasuah dan nepotisme termasuk Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segala tuduhan terhadap pemimpin berambut putih itu.

Ada juga pandangan bahawa Taib tidak harus bertading lagi kali ini tetapi ada juga pendapat yang mengatakan pemimpin itu mampu untuk mengekalkan kesepaduan perikatan mereka dan menyumbang kepada kemenangan BN.

Sarawak dan Sabah dilihat sebagai negeri “deposit hayat” bagi BN.

Bagaimanapun sebagai kompromi, Taib dikatakan bersetuju kepada syor bertanding tetapi meletakkan jawatan sebagai ketua menteri sebagai pilihan raya.

Penggantinya kemungkinan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Datuk Amar Abang Johari Abang Openg atau Naib Presiden Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan.

Nama Abang Johari sudah lama muncul dan kali pertama menamakan beliau sebagai kemungkinan penggantinya pada 1992.

Semalam, Taib mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Mohammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri.

Pada pilihan raya negeri 2006, BN memenangi 62 kerusi, DAP enam manakala PKR, SNAP dan Bebas masing-masing satu.

DAP dan PKR telah membentuk Pakatan Rakyat (PR) dengan gandingan PAS selepas pilihan raya negeri 2008 dan akan bertanding pada pilihan raya negeri bersama SNAP meskipun empat parti itu belum merumuskan pembahagian kerusi.


Sumber-sumber PR berkata perikatan itu berharap untuk menafikan majoriti dua pertiga BN tetapi BN yakin akan mengekalkan prestasi lima tahun lalu.

“Kami harus mempertahankan majoriti kami walaupun kami kemungkinan hilang tambahan beberapa kerusi,” kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Katanya, BN Sarawak terjejas ekoran isu Alkitab selain dakwaan rasuah membabitkan Taib dan keluarganya.

Awal minggu lalu bekas perdana menteri Britain Gordon Brown memberi sokongan kepada adik iparnya yang memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak dan hutan negeri itu, yang didakwa telah dieksploitasi oleh Taib.

Menulis dalam akhbar The Independent, Brown menggambarkan penebangan hutan Sarawak sebagai “jenayah alam sekitar paling buruk pada zaman kita.”

Clare Rewcastle-Brown, yang mengakui bertanggungjawab atas kelahiran Radio Free Sarawak dan blog Sarawak Report dua minggu lalu, kritikal dengan kepimpinan Taib sambil mendakwa wujudnya amalan-amalan rasuah yang berleluasa dan kegiatan politik tidak sah.

Rewcastle memulakan operasi kedua-dua saluran itu akhir tahun lalu dan mendedahkan identiti bulan lalu ketika pilihan raya negeri disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

- TMI

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...